Gastrik | Sesak Nafas | GERD | Anxiety | Panic Attack
Semua perkataan di atas sy kenal bila saya mula mengharugi satu cabaran hidup iaitu ujian daripada Allah SWT.
Ketika saya sedar bertapa berertinya nikmat sihat , Bak pepatah kita takkan menghargai sesuatu itu dan tidak akan rasa sesuatu sangat berharga sehingga kita kehilangannya.
Hari bersilih ganti dengan kedaan insomani setiap hari tidak dapat tidur dengan betul. Hanya dapat tidur ketika betul-betul mengantuk. Selalunya jam4 pagi baru tertidur setiap hari dalam tempoh tahun ini. Ya Allah .. inilah ketikanya saya mencari jawapan APA sakit saya nie dan BAGAIMANA untuk saya sembuh.
Satu ketika saya berbaring di rumah mentua saya bersama isteri saya, anak-anak saya di kawasan kg di Keningau Sabah. seperti biasa susa untuk saya melalapkan mata. keresahan sentiasa ada didalam hati emosi terganggu pada satu tahap saya tertidur-tidur ayam sehinggala saya rasa dada saya semakin sempit dan semakin saya menarik nafas semakin berdebar jantung saya berdebar-debar seperti nak mati. saya berdiri dengan berharap dapat melancarkan pernafasaan saya cuba untuk menelan air liur saya namu tidak mudah dan seakan-akan tekak saya blok. Saya tidak ada arah untuk dituju.
Tanpa membangunkan isteri saya , saya mengambil kunci dan terus memandu ke masjid pekan keningau. Dalam perjalanan saya cuba untuk mengawal pernafasan saya. semakin panik dan semakin saya pasti saya akan pergi. Namun ternyata Allah memberikan saya peluang..Ketika tu saya menuju ke pintu belakang dan terus berbaring di dalam masjid dan berharap kalau la saya pergi biarla ketika saya mengangkat takbir dan solat. Jam menujukkan jam 3 Pagi apabila saya berbaring saja di belakang masjid satu ruang bermosaic . Saya memikirkan apa yang berlaku dengan saya. Tangan yang kurang berdoa ini telah menghambarkan segala luahan hati kepada maha pencipta. Ketika ini saya sedar tidak ada lagi yang dapat bantu saya selain daripada Allah SWT.
Beberapa jam berlalu saya semakin tenang. saya duduk didalam ruangan utama dan menunaikan solat tahajud ketika ini kali pertama saya solat dalam masjid setelah sekian lama tidak bertandang ke Rumah Allah SWT.. Saya menunggu sehingga solat subuh dan solat berjemaah.
Apabila semakin tenang saya , matahari suda menerangi bumi lantas saya pergi ke Restoren berdekatan bersorangan untuk bersarapan.
setelah selesai saya pun memandu balik ke rumah untuk menemui keluarga tercinta..
bersambung...


Comments
Post a Comment